Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun ke Bawah Dilarang ke Tempat Awam

Spread the love

Kuching, Mei 25 – Kanak-kanak yang berusia 12 tahun kebawah dilarang ke tempat awam. Kerajaan Sarawak telah mengelurkan SOP tambahan bagi memperketatkan syarat PKPB yang dilaksanakan di pada masa ini.

Antara SOP tambahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan adalah:

Tidak membenarkan kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan ke bawah keluar ke tempat awam tanpa alasan yang munasabah.

Pada masa yang sama, sebuah kenderaan persendirian juga hanya 3 orang sahaja dibenarkan termasuk pemandu. Manakal untum sektor pengankutan awam, kapasiti yang dibenarkan beroperasi dengan kadar 50% kapasiti.

Berkenaan dengan pindaan pergerakan antara zon pula, Zon Kuching telah dipecahkan kepasa empat zon baharu. Mana-mana individu yang ingin melakukan perjalanan di antara zon ini hendaklah memohon permit retas zon daripada balai polis yang terdekat.

Empat zon baharu adalah :

  1. Zon Kuching (Daerah Kuching dan Bahagian Samarahan)
  2. Zon Serian (Bahagian Serian)
  3. Zon Lundu (Daerah Lundu)
  4. Zon Bau (Daerah Bau)

Selain itu, pergerakan antara zon pula adalah terhad untuk perkhidmatan yang perlu sahaja seperti bekerja dan kes kecemasan.Bagi penduduk yang bekerja tetap di empat (4) zon di atas yang terkesan dengan perubahan ini adalah dikecualikan dari keperluan swab test setiap 14 hari sekali dan dibenarkan untuk mendapatkan permit polis dengan mengemukakan surat dari majikan.

Antara lain adalah tempoh operasi bagi semua sektor dibenarkan bermula jam 6.00 pagi hingga jam 8.00 malam.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *