Bila Jazper Nak Jadi Yang Pertama Pulak?

Spread the love

Terlepas lagi peluang bagi Jazper untuk mendapat tempat pertama! 

Jazper Nimoi ataupun lebih dikenali sebagai Jazper dalam TVSTARZ telah merangkul tempat kedua dalam Konsert TVSTARZ yang lepas dengan lagunya, “Leave The Door Open” yang dipopularkan oleh Bruno Mars. 

Kalau korang nak tahu, Jazper tidak pernah lagi mendapat gelaran juara mingguan dan merupakan kali ketiga Jazper mendominasi tangga kedua sepanjang konsert TVSTARZ! Oh my Bruno! 

Juri tetap Yudhi Seriestha telah menyifatkan suara Jazper bertaraf internasional dan mampu bersaing dengan artis luar negara. “Finally, I found out that this is Jazper” kata Amir Jahari yang dikenali sebagai juri yang ‘seram’ dalam kalangan peserta TVSTARZ. Tambah Amir lagi, “You need to make beautiful mistakes sometimes.” 

Wow, kalau Amir dah puji memang senyum sampai ke telingalah cerita dia!

Mampukah Jazper merebut tempat pertama daripada peserta TVSTARZ yang lain atau mungkinkah tempat kedua yang terbaik buat Jazper pada konsert TVSTARZ yang akan datang?

Saksikan semuanya dalam Konsert TVSTARZ pada setiap hari Selasa, jam 9 malam, di saluran 122, Astro dan MYTV dan juga laman sosial Facebook @tvstvmy.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *