Enam Individu Ditahan Dalam Serbuan Judi

Spread the love

KUCHING: Enam orang lelaki warga tempatan berusia antara 47 hingga 64 tahun ditahan ketika berjudi lumba kuda di kawasan pasar Kenyalang Park, Kuching pada kira-kira jam 2.40 petang, Sabtu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Supt. Merbin Lisa, turut dirampas tiga unit telefon bimbit dan buku tercatit angka-angka disyaki pertaruhan haram judi lumba kuda.

“Kesemua suspek ditahan di IPD Kuching untuk siasatan di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan denda maksimum RM200,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun jika sabit kesalahan,” katanya

Selain itu, kesemua suspek juga dikenakan tindakan kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *