AstraZeneca: Tempahan Dibuka Untuk Warga Emas

Spread the love

TEMPAHAN slot janji temu suntikan vaksin AstraZeneca untuk warga emas (60 tahun ke atas) kini dibuka dengan 1,240,000 dos kepada tersedia.

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), tempahan hanya dibuka kepada warga emas di lima negeri, iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Pemberian suntikan akan bermula 7 Jun sehingga 27 Julai untuk dos pertama di lapan Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ).

PPVAZ terlibat termasuk Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang; Persada Johor International Convention Center, Johor Bahru; Borneo Convention Center Kuching, Sarawak dan Institut Kemahiran Belia Negara Miri, Sarawak.

Turut terlibat PPVAZ World Trade Centre Kuala Lumpur; Universiti Malaya, Kuala Lumpur;  Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor; Ideal Convention Centre, Shah Alam, Selangor.

“Ini adalah salah satu langkah untuk memastikan warga emas yang termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi terus dilindungi,” kata CITF.

Mereka yang berminat boleh mula membuat tempahan di www.vaksincovid.gov.my.

Pada masa yang sama, CITF mengalakkan orang muda untuk membantu warga emas untuk membuat tempahan ini untuk memudahkan urusan mereka. 

“Mereka yang telah mendaftarkan nama di bawah senarai menunggu sewaktu tempahan slot 2 Mei lalu akan dimasukkan secara automatik ke dalam tempahan slot vaksinasi AstraZeneca pusingan ini, ” tambahnya.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *