Virus Baru Ditemukan Di Sarawak

Spread the love

KUCHING, MEI 21: Para penyelidik Sarawak telah menemui jenis koronavirus baharu dalam kalangan pesakit yang dirawat di Hospital di Sarawak. Virus tersebut dipercayai bahawa ia adalah satu tahap awal ‘tranmisi’ antara haiwan dan manusia.


Namun, masih belum ada bukti yang kukuh untuk menunjukkan sama ada virus tersebut dapat menyebar manusia ke manusia atau virus tersebut dapat menyebabkan jangkitan kepada manusia. Para penyelidik bersependapat bahawa perlu membuat lebih banyak kajian lagi mengenai virus baru itu.


“Jika disahkan sebagai patogen, ini mungkin merupakan koronavirus unik kelapan yang diketahui menyebabkan penyakit kepada manusia. Penemuan kami menenkankan ancaman kesihatan awam dari koronavirus haiwan dan perlunya melakukan pengawasan yang lebih baik bagi mereka” kata penulis dalam majalah yang telah diterbitkan dalam jurnal beliau”


Dari tujuh koronavirus yang diketahui menyebabkan penyakit kepada manusia, dan empat daripadanya menyebabkan selsema biasa dan menyebabkan SARS dan MERS, dan yang lain adalah virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan wabak COVID-19 ketika ini.


Penyelidikan ini melibatkan penyelidik dari Ohio State University, Duke University, Chinese Academy of Medical Sciences, Hospital Sibu dan Segi University.

Kredit: I Love Borneo

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *