Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Terus Meningkat

Spread the love

JUMLAH mangsa banjir di Sarawak terus merekodkan peningkatan seramai 350 orang berbanding 79 mangsa pada Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah Lawas dan Limbang, di bahagian utara negeri.

Empat PPS di Lawas yang dibuka terdiri daripada Dewan Masyarakat Trusan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua Trusan, Sekolah Kebangsaan Sundar serta Sekolah Kebangsaan Lintang, manakala PPS di Limbang dibuka di Dewan Medamit.

Banjir di dua kawasan itu berpunca daripada hujan lebat sejak malam Rabu.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *