Dr Chin Bersara sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak

Spread the love
Sumber Facebook Dr Sim Kui Hian

KUCHING, MEI 21: Selepas lebih tiga dekad menyumbang khidmat kepada rakyat Sarawak, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Datuk Seri Dr Chin Zin Hing mampu berehat setelah bersara hari ini.

Menerusi catatan yang dikongsikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian di laman Facebooknya, beliau menyatakan bahawa Dr Chin telah berkhidmat dan memberi pelbagai sumbangan kepada pembangunan perubatan di negeri ini.

Beliau juga menyifatkan Dr Chin sebagai tokoh yang cemerlang sepanjang perkhidmatannya.

Sebelum ini, Dr Chin juga merupakan Pengarah Hospital Umum Sarawak dan dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri pada 7 Januari tahun bagi menggantikan Dr Jamilah Hashim.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *