Kecil Dan Tanpa Wayar. Teknologi Suntikan Cip Ultrasound Untuk Memantau Badan Manusia

Spread the love
Kredit gambar: Chen Shi/Columbia Engineering

New York – Sekumpulan penyelidik di Kejuruteraan Columbia melaporkan, mereka telah mencipta rekaan sistem cip yang mempunyai fungsi elektronik lengkap terkecil di dunia dengan isipadu kurang daripada 0.1mm kubik per segi. Saiz cip tersebut begitu kecil seperti hama habuk dan hanya dapat dilihat melalui mikroskop.

Pasukan penyelidik menggunakan teknologi ultrasound untuk menghidupkan cip serta komunikasi antara peranti tanpa wayar.

“Kami ingin melihat sejauh mana kebolehan cip tersebut dengan kapasiti bentuk yang begitu kecil” Kata ketua kajian mereka, Ken Shepard.

Beliau melihat penggunaan cip yang dipelopori oleh sistem elektronik mampu memberi perspektif yang beza dengan merevolusikan penggunaan tanpa wayar dan implan miniatur bagi alatan perubatan yang boleh mengesan pelbagai medium.

Reka bentuknya diilhamkan oleh pelajar kedoktoran, Chen Shi, merupakan pengarang pertama kajian ini. Reka bentuk cip ciptaan Shi adalah unik dari segi volumetrik.

Matlamat kumpulan penyelidik tersebut adalah untuk mencipta cip yang bersaiz kecil yang boleh disuntik ke dalam badan menggunakan jarum perubatan dan berkomunikasi dengan memberi maklum balas untuk memantau keadaan tubuh badan manusia.

Secara umumnya, teknologi ultrasound sudah meluas di alam teknologi seperti peranti monitor dan pemetaan isyarat biologi, menyokong dan meningkatkan fungsi fisiologi badan, serta alatan perubatan yang mengubah kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup penduduk dunia.

Sumber

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *