Halangan Makan di Kedai Bawa Rezeki untuk Penghantar Makanan

Spread the love

TATKALA ramai yang merungut tidak dapat ‘dine-in’ dek kerana SOP baru, lain pula bagi situasi penghantar makanan. Golongan inilah yang memainkan peranan penting dalam situasi PKP terkini.

Menurut Mohd Sahrulnizam Sahari, 27, menggalas tugas sebagai seorang anak sulung inilah peluang beliau mencari rezeki lebih.  Beliau menjadi  foodpanda walker sepenuh masa demi meraih pendapatan.

Bermula seawal jam 9 pagi, beliau akan mula ‘on job ’ di kawasan pasar iaitu di kawasan Satok, Kuching.  Sebagai foodpanda walker, radius yang diliputi adalah sepanjang satu kilometer.

Pendapatan sebulan beliau mampu mencecah sebanyak RM1500 dan sedikit sebanyak dapat dikongsi bersama keluarga. Malah rezeki yang beliau perolehi turut disumbangkan kepada Tabung Amal Palestin dan Tabung Syria Care.

Menurut beliau juga, dengan pendapatan yang diperolehi, beliau mampu melakukan simpanan untuk tabung kahwin dan juga simpanan tabung untuk motosikal.

Berbeza pula dengan, Muhammad Nur Haikal Bin Samsuden, 21, pelajar sepenuh masa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan itu hanya menjadikan GrabFood sebagai pekerjaan sampingan.

“Kadar upah kini semakin banyak berbanding dahulu tetapi bilangan food rider semakin banyak menyebabkan kadar upah juga kecil. Tapi dengan situasi kini, bilangan tempahan pelanggan menggunakan aplikasi foodpanda semakin meningkat  ” ujar Haikal.

Beliau hanya akan memulakan kerja setelah tamat kelas dalam talian. Menurut beliau, permintaan makanan pada masa ini adalah lebih menggalakkan berbanding sebelumnya.

Biarpun hanya menjadikan kerja ini sebagai kerja sampingan beliau meletakkan sasaran pendapatan sebanyak RM1000 sebulan.

Grab akan memulakan ‘GrabFood Small Business Week’ dengan promosi penghantaran percuma dari 25 Mei hingga 7 Jun 2021. GrabFood boleh diakses terus dari aplikasi Grab yang sebelum ini terkenal sebagai sebuah aplikasi pandu seru untuk mendapatkan kenderaan.

Menarik mengenai aplikasi FoodPanda adalah kerana mereka mempunyai banyak stall dan gerai gerai biasa, dan tidak terhad kepada restoran sahaja. Pembayaran boleh dilakukan secara tunai, atau secara atas talian menggunakan perbankan internet atau kad debit/kredit anda.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *