Pertembungan Dua Kereta, Seorang Tersepit

Spread the love

KUCHING: Seorang lelaki berusia 55 tahun dilaporkan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di pekarangan sebuah sekolah di Matang, pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, lelaki berkenaan berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan dibawa ke hospital menggunakan Unit EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Seorang lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dilaporkan berjaya keluar sendiri daripada kenderaannya sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Punca kejadian masih dalam siasatan.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *