Berita Baik untuk Dua Juta Belia. Dapat Kredit e-tunai RM150 Mulai 1 Jun ini

Spread the love

Dalam usaha meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi, Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 telah dilaksanakan.

Program ini dijangka memanfaatkan sekitar dua juta rakyat Malaysia dengan jumlah peruntukan RM300 juta.

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai. Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021.

Inisiatif eBelia ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang:

  1. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003); atau
  2. Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar

Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan.

Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021. Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun 2021.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul melalui Facebook rasmi beliau.

Maklumat lanjut mengenai Program eBelia ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Pemerkasa yang lain.

Tags: #bm, belia, e-tunai, ipt

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *