Apple Memperkenalkan Model Macbook, Cip Pemprosesan Rekaan Sendiri

Spread the love

Syarikat teknologi multinasional Amerika, Apple Inc. dijangka merasmikan beberapa peranti komputer riba dan desktop yang baru dikemaskini dengan cip pemprosesan buatan mereka sendiri yang pantas, reka bentuk yang baru dan menambah baik penyambungan ke peranti luaran untuk mempercepatkan usaha syarikat tersebut untuk menggantikan cip Intel yang diguna pakai sebelum ini.

Segala kemaskini terhadap peranti Apple tersebut meliputi produk desktop Macs, termasuk komputer riba yang lain seperti Macbook Pro, Macbook Air dan termasuk workstation iMac. Apple juga bakal memperkenalkan saiz mini desktop dan besar iMac dengan mengaplikasikan cip pemproses yang baru daripada Apple sendiri iaitu cip Apple M1, yang diperkatakan mampu memberi prestasi dan kemampuan yang tinggi.

Apple juga merancang untuk melancarkan reka bentuk baru bagi Macbook Pro skrin bersaiz 14 inci dan 16 inci. Ini termasuk perubahan terhadap casis, pengecas magnet MagSafe, HDMI dan lebih banyak port untuk penyambungan ke peranti luaran berbanding versi sebelum ini. Apple berkata pada selasa lalu, iMac bersaiz 24 inci akan dijual pada 21 Mei dipasaran stor global.

Apple pada tahun lalu mengantikan cip pemprosesan Intel dengan cip pemprosesan rekaan mereka sendiri iaitu cip M1 berdasarkan teknologi daripada iPhone dan iPad. Dengan cip teras yang berprestasi tinggi ini akan memudahkan pemprosesan kompleks, menjimatkan tenaga dan batteri. Reka bentuk cip Apple M1 ini mempunyai 4 bahagian dalaman berprestasi tinggi, 4 bahagian untuk penjimatan tenaga terhadap peranti serta 8 teras dalaman grafik.

Sumber

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *