PRN Bukan Perkara Utama Ketika Ini

Spread the love

KUCHING: Seperti yang sedia maklum, tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan berakhir pada 6 Jun 2021.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, dalam norma biasa, DUN sepatutnya dibubar bagi mengembalikan mandat serta hak demokrasi rakyat untuk memilih kerajaan melalui pilihan raya.

Kini PRN tidak dilaksana kerana negara masih di bawah perintah darurat sehingga Ogos 2021. 

“Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan ditetapkan pada satu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah berunding dengan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Ketua Menteri juga akan mengadap Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera (PBB) di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada PRN akan diadakan dalam tempoh darurat, katanya perkara itu akan diputuskan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tambahnya, kerajaan GPS tidak akan memperjudikan nyawa dan kepentingan rakyat hanya untuk mengadakan pilihan raya ketika wabak melanda.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *