Roket China: Serpihan Long March-5B Berkecai Di Lautan Hindi

Spread the love

ROKET Long March-5B milik China yang memasuki atmosfera bumi pada jam kira-kira 10.20 pagi Ahad berkecai di Lautan Hindi.

Segmen daripada roket terbabit dilaporkan terbakar dan musnah apabila memasuki atmosfera bumi sebelum gugur berdekatan kepulauan Maldives.

Perkara itu dilaporkan stesen televisyen China yang memetik kenyataan Pejabat Kejuruteraan Angkasa Lepas China.

“Selepas memantau dan melakukan analisis, pada jam 10.24 pagi hari ini, sisa terakhir roket memasuki ruang udara bumi. Ia musnah sejurus memasuki atmosfera bumi,” kata jurucakap Pejabat Kejuruteraan Angkasa China.

Laporan itu sekali gus menamatkan spekulasi di mana serpihan roket itu akan jatuh, ketika pelbagai pihak manzahirkan kebimbangan sekiranya roket berkenaan mendatangkan ancaman kepada penduduk.

Terdahulu, Beijing percaya kesan kerosakan daripada segmen roketnya yang gugur ke bumi tidak mengakibatkan kerosakan yang besar.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *