Anggota Polis Maut Dipercayai Akibat Tembakan

Spread the love

SIBU, MEI 6: Sambutan Hari Raya yang tinggal kurang seminggu lagi pastinya dipenuhi kepiluan bagi seorang isteri seorang anggota polis apabila suaminya ditemukan maut dengan kesan tembakan.

Anggota polis itu ditemukan mati dipercayai akibat tembakan di sebuah rumah di Jalan Permai Timur di sini.

Mayat Konstabel Norhalim Tumiran, 25, ditemukan tersandar atas sofa dengan kesan tembakan di bahagian telinga lebih kurang jam 7.20 petang Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, mangsa yang berasal dari Pahang itu baru sahaja menyertai pasukan polis dan bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

“Menurut saksi kejadian yang juga rakan serumah mangsa, mangsa sedang bermain permainan komputer di ruang tamu rumah sebelum berbuka puasa.

“Mangsa sudahpun berkahwin dan mempunyai anak berusia setahun,” katanya.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *