Lori Bawa Muatan Kargo Terbakar Di Jambatan Lanang

Spread the love

SIBU: Sebuah lori membawa muatan kargo dipercayai dari arah Kuching menuju ke Bintulu terlibat dalam satu kebakaran di Jalan Jambatan Lanang, Sibu pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 8:49 pagi pada Rabu dan mengarahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu ke lokasi kejadian.

Kebakaran tersebut memusnahkan bahagian belakang lori kargo berkenaan. Usaha pemadaman api dilakukan dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dari tangki jentera. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *