Bangunan Tempat Letak Kereta Bertingkat Majlis Daerah Kapit Dibuka Ahad Ini

Spread the love

KAPIT: Bangunan letak kereta bertingkat Majlis Daerah Kapit (MDK) lengkap dengan lif  yang terletak di Jalan Yong Moo Chai akan mula beroperasi pada 25 April 2021.

Bangunan enam tingkat yang mampu memuatkan 140 buah kenderaan pada satu masa tersebut turut dilengkapi dengan gerai makanan dan minuman serta sebuah Pusat ICT kendalian Sarawak Multimedia Authority (SMA), namun hanya kawasan parkir kenderaan yang dibuka untuk kegunaan awam.

Tiada had masa dan caj ditetapkan pada masa ini sehinggalah makluman baharu oleh MDK.

Pihak MDK pada masa yang sama turut memohon kerjasama pengguna untuk turut menjaga kebersihan dan harta benda di kawasan parkir tersebut.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *