COVID-19: Sarawak Catat 960 Kes Baharu Pada Jumaat

Spread the love

KUCHING: Sebanyak 960 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 22,920 kes.

Antara daerah yang melaporkan kes adalah daerah Kuching (370), Bintulu (175), Mukah (103), Sibu (100), Miri (83), Kapit (24), Belaga (20), Bukit Mabong (13), Serian (9), Selangau (7), Kanowit (6), Sebauh (5), Subis (5), Tatau (5), Marudi (5), Kabong (4), Sri Aman (4), Song (3), Lubok Antu (3), Betong (3), Samarahan (3), Matu (3), Daro (2), Bau (2), Beluru (1), Sarikei (1) dan Tanjung Manis (1).

“Daripada jumlah tersebut, 896 kes atau 93% adalah yang sudah berada di dalam kuarantin. Daerah Kuching melaporkan 370 kes dimana 313 kes (33%) adalah dari Pusat Latihan Polis ini adalah kawasan yang terkawal.

“Manakala bagi daerah Mukah pula yang melaporkan sebanyak 103 kes dimana 99 kes (10%) dari Politeknik Mukah (Kluster Jalan Bambangan, Mukah). Daripada 960 kes baharu yang dilaporkan, seramai 60 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan,” katanya pada Sidang Media Perkembangan COVID-19 Sarawak, pada Jumaat.

Pada hari ini, sebanyak 381 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu PKRC di bawah Hospital Bintulu (110), PKRC di bawah Hospital Sibu (96), PKRC Mukah (49), Hospital Umum Sarawak (32), Hospital Sarikei (32), PKRC di bawah Hospital Miri (30), PKRC Kapit (8), PKRC Serian (8), Hospital Sri Aman (7), PKRC Betong (6), Hospital Limbang (2) dan PKRC Lawas (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 17,667 orang atau 77.08% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Sementara itu, jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut rujukan adalah seramai 5,050 orang.

Sebanyak 960 PUI baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *