COVID19: Tiga Kes Baharu Dikesan, Dua Hilangkan Diri

Spread the love

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan tiga lagi kes COVID-19 baharu menjadikan keseluruhan kes setakat ini 1,108 membabitkan kes Import A iaitu dari luar negara yang merupakan warganegara Indonesia.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga kes terbabit adalah kes Import A.

“kes ke-1,106 merupakan lelaki warganegara Indonesia yang menajalani saringan COVID-19 kerana ingin memulakan kerja di tempat baharu di Kuching.

“kes menjalani saringan di fasiliti kesihatan swasta pada 26 Disember 2020 dan keputusan pada hari sama mendapati kes adalah positif,” Katanya

Siasatan awal mendapati kes mempunyai sejarah bekerja secara sah di Sarawak sejak Disember 2019 di sebuah premis makanan di Kuching dan kembali secara sah ke negara asal pada Julai 2020.

Sementara itu, bagi dua kes baharu dikesan di daerah Asajaya, iaitu kes 1,107 dan 1,108 JPBNS berkata, merupakan lelaki warganegara Indonesia yang menjalani saringan COVID-19 untuk memulakan kerja di tempat baharu.

Menjelaskan perkara itu, JPBNS berkata kedua-dua kes dibawa oleh majikan untuk menjalani saringan COVID-19 di fasiliti kesihatan swasta di Serian pada 12 Disember 2020 dan keputusan ujian pada 23 Disember 2020 mendapati kes ini adalah positif.

“Kedua-dua kes tidak mengalami sebarang tanda dan gejala namun sehingga kini mereka masih belum ditemui kerana telah menghilangkan diri selepas membuat saringan.

“Siasatan lanjut serta pengesanan kontak kepada kes ini sedang giat dijalankan dan dikategorikan sebagai kes yang mendapat jangkitan dari luar negara,” Ujarnya lagi.

Dalam pada itu, jumlah kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj kekal 1,062 orang atau 95.85 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

“hari ini, empat kes disyaki (PUI) COVID-19 baharu dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal,” tambahnya.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *