Sarawak Catat Dua Kes Positif COVID-19

Spread the love

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini melaporkan terdapat dua kes positif COVID-19 di Limbang, pada Isnin.

Menerusi kenyataan media JPBNS, dua kes yang telah dikesan melalui aktiviti saringan individu yang baru balik dari kawasan yang berisiko tinggi jangkitan COVID-19 iaitu Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kes 1,063 dan 1,064 merupakan dua orang warganegara yang baru balik dari Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kedua-dua mereka merupakan pelajar yang menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan yang telah dibenarkan pulang ke tempat asal setelah kolej matrikulasi tersebut diarahkan tutup,” kata JPBNS.

Mengulas lebih lanjut, sebelum bertolak, kes telah menjalani ujian RTK Antigen dan didapati tidak reaktif untuk COVID-19 sebelum bertolak balik ke Limbang menaiki bot ekspress dari Labuan ke Limbang melalui Dermaga Kastam Limbang.

“Mereka kemudiaanya dimasukkan ke pusat kuarantin untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebelum disahkan positif COVID-19 pada 23 November.

“Kedua-dua kes ini tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala jangkitan COVID-19 sebelum dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Miri,” Ujar JPBNS lagi.

Sementara itu, pengesanan semua kontak rapat kepada kes ini sedang giat dijalankan dan kes ini dikategorikan sebagai kes yang mendapat jangkitan semasa berada di kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 iaitu Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam pada itu, JPBNS turut melaporkan bahawa terdapat enam kluster yang masih aktif dilaporkan iaitu kluster Besi, kluster Jalan Abell, kluster Baki, kluster Seladah, kluster Greenhill dan kluster Wisma Saberkas yang kesemuanya di Kuching, Sarawak.

Namun demikian, tiada kluster baharu dilaporkan manakala terdapat dua kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital dari wad pengasingan di Hospital Umum Sarawak.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *