Sarawak Catat Sifar Kes Positif

Spread the love

KUCHING: Sarawak hari ini kembali mencatatkan sifar kes positif COVID-19 dengan jumlah keseluruhan kes positif kekal sebanyak 1,062 kes.

Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi satu kenyataan media berkata, terdapat tiga kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital masing-masing adalah dari Hospital Umum Sarawak kini meningkat kepada 1,018 orang atau 95.86% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

“Terdapat tiga (3) kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini. Kesemua kes yang telah pulih dan
dibenarkan discaj ini adalah dari Hospital Umum Sarawak.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 1,018 orang atau 95.86% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.” Ujar JPBNS lagi.

Mengulas lebih lanjut, terdapat enam kluster yang masih aktif iaitu Kluster Besi, Kluster Jalan Abell, Kluster Baki, Kluster Seladah, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Saberkas, di daerah Kuching.

Walaubagaimanapun, terdapat 17 PUI baru telah dilaporkan dan satu PUI masih menuggu keputusan ujian makmal.

Berhubung pengesanan satu kes jangkitan tempatan yang telah dikesan di daerah Lawas pada 13 November susulan satu pengesanan telah dijalankan di Kampung Banting, Lawas.

“Tujuan aktiviti pengesanan dan saringan ujian rT-PCR ke atas semua penduduk berkenaan adalah dikatakan bahawa mempunyai kontak rapat kepada kes positif.

“Pada 18 dan 19 November 2020, seramai 956 orang penduduk di Kampung Banting, Lawas telah menjalani saringan COVID-19 dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Lawas bersama Pejabat Daerah Lawas, PDRM, APM, RELA dan lain-lain agensi,” Tambah JPBNS.

JPBNS berkata lagi, kesemua sampel telah dihantar ke Hospital Miri dari Hospital Lawas menggunakan perkhidmatan Medivac sebelum diagihkan ke makmal Hospital Miri, Hospital Umum Sarawak dan Pusat Jantung Sarawak bagi mempercepatkan keputusan ujian rT-PCR.

“Kesemua kepitusan ujian rT-PCR yang diambil dari 959 orang individu yang diperolehi seawal pada 21 November 2020 adalah negatif untuk COVID-19.” Katanya.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *