BELANJAWAN 2021: Lulus atau Tidak, Diketahui Hari Ini

Spread the love

KUALA LUMPUR: KEPUTUSAN sama ada Rang Undang -Undang (RUU) Perbekalan 2021 pada peringkat dasar kana diluluskan ataupun tidak akan diketahui pada sesi Dewan Rakyat hari ini.

Memetik sumber dari AWANI, pengundian Belanjawan 2021 itu yang dijadualkan selepas selesai penggulungan oleh Kementerian Kewangan akan menjadi tumpuan utama persidangan selepas baki sembilan menteri masih belum membuat perggulungan bagi kementerian masing-masing.

Antara kementerian itu ialah, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Kesihatan, Kementerian Ehwal Pengguna, Kementeria Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komuniti.

Belanjawan 2021 merupakan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seleasp mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat pada Mac lepas selepas memperuntukkan sebanyak RM322.5 Billion untuk perbelanjaan negara tahun hadapan.

Dalam pada itu, menurut Aturan Urusan Mesyuarat, isu kawalan sempadan antarabangsa antara yang dijangka dijawab dalam Waktu Pertanyaan Menteri susulan insiden serangan terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Pasir, Perlis, awal pagi Selasa.

Insiden yang mengorbankan Sarjan Baharuddin Ramli, 54 manakala Sarjan Norihan a/l Tari, 36 cedera parah, akan turut diperincikan pada sesi itu.

Isu salah laku rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan dan perkembangan mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 turut disentuh oleh Ahli-Ahli Parlimen pada hari ini.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Comments

  1. KWSP tauk sik ktk org gne tek ooo.. susah ati mek mikir nak ya.. udahla kmk tok nisik ada bini agik anak jaga.. tlg lok nak..

    1. Anda boleh hubungi pihak KWSP untuk mengetahui informasi lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *