Ibu Bapa Bekerja Perlukan Perkhidmatan TASKA Dan TADIKA

Spread the love

KUCHING: Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak  (KWKPK) akan memantau rapat taman asuhan kanak-kanak (TASKA) dan taman didikan kanak-kanak (TADIKA) yang dibenarkan beroperasi dalam zon merah COVID-19.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kawalan ini bertujuan untuk memastikan TASKA dan TADIKA mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh pihak Kementerianya.

“Ada anak-anak yang ibu bapa yang bekerja sebagai barisan hadapan dan tidak ada yang menjaga kerana segelintir pihak ada yang bertanya mereka memerlukan perkhidmatan penjagaan.” Katanya ketika ditemui media selepas melakukan tinjaun pemeriksaan pengoperasian di sebuah taska swasta, pada Rabu.

Mengulas lebih lanjut, kementeriaanya juga akan memastikan ibu bapa mengisi borang pengisytiharkan kesihatan dan memerika suhu badan anak-anak sebelum memasuki taska atau tadika.

“Ibu bapa dan juga ahli keluarga juga perlu sentiasa mematuhi SOP ketika berada diluar rumah bagi mengurangkan risiko anak-anak dijangkiti COVID-19”

“kita sama-sama telah lihat tadi dari segi penjarakan fizikal waktu makan, waktu aktiviti dan dari segi peralatan dicuci setiap hari .. saya difahamkan tadi.. ini sebahagaian dri SOP kita dimana barang peralatan permainan perlu dibersihkan setiap hari untuk memastikan bahawa anak-anak kita ini selamat.” Ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan pengurusan taska dan tadika yang melakukan yang terbaik dalam memastikan kanak-kanak di bawah jagaan mereka selamat.

Setakat ini katanya, terdapat 160 taska yang beroperasi di zon merah membabibitkan 1,770 kanak-kanak.

Sementara itu bagi zon kuning sebanyak 62 taska yang berosperasi membabitkan 1,498 kanak-kanak.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *