PKPD Di SABK Maahad Al-Yahyawiah Disambung Dua Minggu Lagi

Spread the love

KUALA KANGSAR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Yahyawiyah di Padang Rengas yang tamat kelmarin dilanjutkan dua minggu lagi, berkuat kuasa semalam sehingga 5 Dis depan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata surat penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk PKPD di premis itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam.

“Penugasan polis di kawasan PKPD itu berjalan macam biasa dengan mengekalkan dua sekatan jalan raya di laluan masuk dan keluar sekolah berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 7 Nov lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD selama dua minggu di sekolah itu bermula pada 8 sehingga 21 Nov selepas Kementerian Kesihatan merekodkan 27 kes positif wabak COVID-19 setakat 5 Nov.

Setakat 12 tengah hari semalam, sebanyak 55 kes baharu positif COVID-19 direkodkan di Perak dengan menjadikan kes semasa bagi tempoh 9 hingga 22 Nov sebanyak 508 kes.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *