COVID19: Sarawak Kembali Catat Sifar Kes

Spread the love

KUCHING: Sarawak kembali merekodkan sifar kes positif baharu COVID-19 sekaligus mencatatakan keseluruhan jumlah kes positif kekal sebanyak 1,055 pada Sabtu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, satu kes baharu pulih dan discaj menjadikan keseluruhan jumlah kes pulih dan discaj meningkat kepada 972 kes.

Manakala, jumlah kes yang masih mendapat rawatan di wad pengasingan hospital adalah seramai 64 orang.

“56 kes di wad pengasingan di Hospital Umum Sarawak dan 8 kes di Hospital Miri.

Walaubagaimanapun, JPBNS turut mengesahkan sebanyak lima PUI telah dilaporkan tetapi tiada PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

Tambahnya lagi, terdapat enam kluster yang masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Besi, Kluster Jalan Abell, Kluster Seladah, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Saberkas, Kuching Sarawak.

Hari ini, Daerah Kuching kekal berstatus Merah dengan 59 jumlah jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas manakala daerah Miri dan Lawas kekal berstatus Kuning.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *