Sarawak Catat Lapan Kes Positif Baru, Pada Khamis

Spread the love

KUCHING: Hari ini sarawak merekodkan lapan kes positif COVID-19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,053 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah tersebut, enam kes dikesan di daerah Kuching manakala dua kes lagi di Miri.

Mengulas lebih lanjut kes di Kuching, enam kes tersebut dikesan melalui saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang dilaporkan bagi Kluster Besi.

“Kes ke 1,048 hingga 1,053 adalah ahli keluarga yang tinggal serumah dan mempunyai kontak rapat dengan kes ke 1,043 dan kes 1,044 yang dilaporkan semalam.

“Kesemua kes adalah warganegara tempatan, yang merupakan bapa, emak, adik beradik dan anak saudara kepada kes ke 1043 dan kes ke 1,044.

“Mereka ini terdiri daripada seorang lelaki dan lima orang perempuan dalam lingkungan umur 2 hingga 56 tahun.” Ujar JPBNS dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lebih lanjut, kesemua enam kes tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan COVID-19 dan juga tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau mengunjungi kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 di dalam negara.

Jelasnya lagi, kesemua mereka dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Bagi kes di daerah Miri melibatkan kes Import B iaitu dari negeri lain yang membabitkan seorang pelajar lelaki dari Universiti tempatan yang pulang dari Kuala Lumpur.

“Kes ini telah balik ke Sarawak melalui Lapangan Terbang Miri pada 8 November 2020 dan telah dimasukkan ke pusat kuarantin untuk menjalani arahan kuarantin wajib selama 14 hari.

“Kes ini tidak mengalami sebarang tanda atau gejala jangkitan COVID-19 sekaligus dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Miri untuk rawatan lanjut. “ Tambah JPBNS lagi.

Satu lagi kes baharu melibatkan seorang perempuan warganegara tempatan yang dikesan melalui saringan kontak rapat kepada ke ke-987.

Jelasnya, kes adalah adik kepada kes ke-987 iaitu kontak rapat yang diarahkan dan tinggal serumah.

“Pengesanan kontak rapat kepada kes ini sedang dijalankan dan kes ini dikategorikan sebagai kes Import B iaitu kes yang mendapat jangkitan semasa berada di negeri lain di dalam Malaysia.

Sehubungan dengan itu, JPBNS memaklumkan tiada kluster baharu dilaporkan  menjadikan enam kluster yang masih aktif di Sarawak  iaitu Kluster Besi, Kluster Jalan Abell, Kluster Seladah, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Saberkas, Kuching.

Terdapat 16 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 962 orang atau 91.36 peratus dari jumlah keseluruhan kes ini.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *