Jabatan Penjara Terima Sumbangan PPE Untuk Petugas

Spread the love

PUTRAJAYA: Jabatan Penjara semalam menerima sumbangan kelengkapan perlindungan diri (PPE) daripada Redland Group of Companies untuk kegunaan petugas institusi itu bagi menangani penularan COVID-19.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam, sumbangan itu termasuk 5,000 unit sarung kepala, 1,000 unit sarung kasut, 4,000 unit apron plastik, 3,000 unit topeng muka, 1,000 pasang sarung tangan plastik dan 2,000 botol cecair pembasmi kuman.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Redland Group of Companies Datuk Ismail Hassan kepada Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar di KDN di sini, yang disaksikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Zulkifli dalam kenyataan KDN itu menyifatkan sumbangan berkenaan tepat pada masanya kerana terdapat keperluan dan permintaan bagi PPE untuk kakitangan Jabatan Penjara yang berdepan dengan potensi jangkitan COVID-19 melalui orang luar mahupun dalam kalangan banduan atau tahanan penjara.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *