PKPD Di Asrama Pekerja Top Glove Klang Bermula 17 Hingga 30 Nov – Ismail Sabri

Spread the love

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja Top Glove, Klang bermula hari ini hingga 30 Nov ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya pelaksanaan PKPD di lokaliti itu yang diputuskan pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam, melibatkan 13,190 pekerja kilang itu yang menginap di asrama pekerja lelaki dan wanita serta hampir 1,200 penduduk di Jalan Abadi 1A/8, Jalan Abadi 1A dan Jalan Abadi 10A/KU8.

Beliau berkata sehingga kini, hasil saringan COVID-19 yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kawasan terbabit mendapati sebanyak 215 kes positif COVID-19.  

“Pelaksanaan PKPD ini bagi membolehkan KKM terus melaksanakan saringan bersasar kepada pekerja dan penduduk di kawasan tersebut.

Pihak Top Glove juga perlu membuat saringan sepenuhnya kepada semua pekerja di kilang dan di asrama-asrama yang membekalkan tenaga kerja kepada kilang tersebut,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *