RCEP Intrumen Penting Kepada Pemulihan Ekonomi

Spread the love

KUALA LUMPUR: Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan menjadi instrumen penting kepada pemulihan ekonomi dan akan menggalakkan pembukaan semula pasaran selain memastikan rantaian bekalan tidak terganggu, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, pandemik itu bukan hanya mengorbankan nyawa namun menjejaskan ekonomi.

Muhyiddin berkata, perjanjian perdagangan bebas (FTA) adalah langkah ke hadapan untuk membantu mengekalkan daya saing melalui galakan kepada perdagangan antarabangsa, pelaburan dan memastikan penawaran tenaga kerja.

Jelasnya, Malaysia bersama dengan ASEAN dan rakan FTA, mahu menunjukkan kepada dunia bahawa walaupun dengan tahap pembangunan ekonomi yang berbeza dimana 15 negara boleh bersatu mewujudkan perjanjian perdangangan yang akan saling memberi manfaat, bukan sahaja untuk komuniti perniagaan, namun juga bagi kesejahteraan rakyat.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *