Kluster Bah Arnab Diisytiharkan Tamat

Spread the love

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memaklumkan bahawa Kluster Bah Arnab di daerah Kuching diisytiharkan tamat pada hari ini.

Menurut kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), sehinggan 15 November 2020, seramai 72 orang telah disaring di mana 12 orang telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks manakala 60 individu lagi adalah negatif.

“Ini menjadikan kadar kes positif bagi kluster ini ialah 16.67%.

“Semua kes melibatkan kluster ini telah sembuh dan discaj dari hospital dan tiada kematian dilaporkan melibatkan kluster ini.” Katanya pada Ahad.

Dalam pada itu, Sarawak hari ini merekodkan empat kes positif COVID-19 dengan kesemuanya dikesan di daerah Kuching sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,040 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada jumlah kes baharu, tiga kes mempunyai kontak rapat dengan kes-kes positif yang dilaporkan sebelum ini.

Tambahnya lagi, kesemua kes ini telah menjalani saringan kedua di fasiliti kesihatan kerajaan melalui pengensanan kontak kepada kepada kes positif COVID-19.

Sementara, satu lagi daripada empat kes yang dikesan di daerah Kuching kata JPBNS yang melibatkan kes saringan individu bergejala COVID-19.

“Kes 1,040 merupakan seorang lelaki warganegara tempatan yang telah menjalani saringan COVID-19 kerana mengalami demam, keletihan dan sakit kepala pada 14 November 2020. 


“Kes ini merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat swasta dan tinggal di asrama yang disediakan oleh syarikat tersebut. Dia telah menerima rawatan bagi gejala yang dialami dan menjalani saringan COVID-19 di sebuah klinik kesihatan pada 14 November 2020 dan keputusan ujian rT-PCR kes ini didapati positif pada 15 November 2020,” katanya.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *