Sarawak Beri Insentif Khas Sebulan Setengah Gaji Kepada Penjawat Awam

Spread the love

KUCHING: Penjawat awam Sarawak diberi khabar gembira apabila Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan bayaran insentif khas sebulan setengah gaji pokok atau minimum RM2,000 yang akan dibayar sebelum penghujung tahun ini.

Beliau mengumumkan perkara itu semasa dalam ucapan pergulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai menghargai pengorbanan kakitangan perkhidmatan awam Persekutuan yang telah menyumbang khidmat bakti di Sarawak, mereka akan turut dibayar insentif secara one-off RM500 pada suku pertama 2021.

“Semasa pandemik COVID-19, anggota Perkhidmatan Awam Sarawak dan Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk doktor, jururawat, pekerja kesihatan, badan beruniform, imigresen dan kakitangan barisan hadapan lain, bekerja tanpa mengira penat lelah untuk menjaga rakyat kita.

“Syukur Alhamdulillah, wabak COVID-19 telah dapat dikawal pada tahap yang baik,” katanya.

“Mereka (petugas) telah mempertaruhkan keselamatan diri dan mengorbankan keselesaan. Terdapat juga ramai anggota perkhidmatan awam yang bekerja di belakang tadbir, namun bekerja dengan penuh tekun dan ikhlas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

“Kepada mereka semua, saya mengucapkan terima kasih,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *