PKPD Di Tiga Lokaliti Di Kudat, Sabah Dilanjutkan Sehingga 26 Nov – Ismail Sabri

Spread the love

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Kudat, Sabah yang berakhir pada Khamis, dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 26 Nov ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiga lokasi itu ialah Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapur dan Kampung Landung Ayang.

Beliau berkata keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sehingga 11 Nov, KKM telah melakukan 14,096 saringan kepada penduduk di kawasan ini dan mendapati masih terdapat kes aktif di tiga-tiga lokasi ini iaitu di Kampung Pengaraban sebanyak 21 kes aktif, di Kampung Tanjung Kapur 10 kes aktif dan Kampung Landung Ayang 54 masih aktif.

“Pada masa sama terdapat sejumlah besar sampel ujian saringan masih menunggu keputusan oleh itu atas nasihat dan penilaian risiko KKM, kerajaan setuju supaya PKPD dilanjutkan,” katanya dalam sidang media harian pelaksanaan PKP Pemulihan di sini.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *