Amaran Ribut Petir Di Perlis Dan Beberapa Kawasan Di Kedah, Sabah Dan Sarawak

Spread the love

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah sehingga pukul 1.00 pagi Jumaat.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

Turut dijangka mengalami cuaca serupa adalah beberapa kawasan di Sabah iaitu Nabawan, Keningau, Ranau dan Sandakan (Tongod dan Telupid)  manakala di Sarawak di Kapit, Bukit Mabong dan Belaga.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *