Sukma 2020 Johor Dibatal – Reezal Merican

Spread the love

Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para Sukma 2020 Johor terpaksa dibatalkan berikutan situasi semasa covid-19 di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, keputusan itu diambil selepas sebulat suara menerima cadangan daripada sekretariat sukma johor dan pihak Kerajaan Negeri.

Menurut Reezal, keputusan itu turut dipengaruhi oleh kalendar temasya sukan tempatan dan antarabangsa pada 2021 yang terlalu rapat dengan beberapa tarikh penting.

Bagaimanapun kata Reezal, Johor tetap akan diberikan hak penganjuran untuk edisi 2022 kerana negeri itu bersedia hampir 99 peratus dari segi perancangan, pengurusan, teknikal dan kemudahan pertandingan.

Mengulas lanjut, Reezal berkata, jawatankuasa teknikal temasya berkenaan akan meneliti dan mencadangkan semula perubahan-perubahan peraturan yang terlibat, termasuk had umur dan kelayakan penyertaan pada mesyuarat akan datang.

Ujar Reezal lagi, pembatalan awal dua temasya itu juga dapat mengurangkan kerugian yang dialami oleh pihak penganjur, tatkala negara berdepan pendemik covid-19 ini.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *