GPS Junjung Kasih Titah Agong

Spread the love

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjunjung kasih titah yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berhubung tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini.

Ketua Whip GPS Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata,GPS akur akan titah Seri Paduka supaya semua ahli politik menghentikan segala politicking yang boleh mengganggu gugat kestabilan pemerintahan negara.

Tambahnya, ia amat selari dengan prinsip dan pendirian GPS selama ini yang konsisten mahu supaya semua pihak menghentikan politicking dan fokus kepada usaha menangani penularan COVID-19 serta pemulihan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik berkenaan.

“Apa yang penting, rakyat seharusnya menjadi keutamaan oleh semua ahli-ahi politik dalam apa jua keadaan terutama dalam berdepan cabaran penularan COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Al-Sultan Abdullah sebelum ini menolak pengisytiharan darurat kerana tiada keperluan untuk melaksanakannya di negara ini atau mana-mana bahagian negara ini ketika ini.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *