Kerajaan Sarawak Teruskan BKSS Dengan 7 Langkah

Spread the love

KUCHING: Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan edisi ke-4 Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), bagi membantu rakyat negeri ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam sidang medianya pagi tadi mengumumkan, tujuh langkah tambahan dalam BKSS 4.0 ini yang melibatkan perbelanjaan sekitar RM104.84 Juta.

“Ketujuh langkah tersebut adalah seperti potongan bil elektrik, diskaun bil air, diskaun sewa HDC 50 peratus untuk kediaman, bantuan RM500 sekali kepada pemandu dan pengajar pemandu E-HAILING; Diskaun 50 peratus untuk sewa pasar dan gerai, pengecualian permit dan lesen, dan pengecualian untuk penyewaan SMEs di sektor runcit yang beroperasi di premis yang dimiliki oleh GLC negeri / badan berkanun,” katanya pada sidang Akhbar BKSS di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat.

Tambah Ketua Menteri, bantuan ini akan dilaksanakan selama tiga bulan, sehingga Disember depan

Untuk rekod, sejak enam bulan lalu, kerajaan GPS telah melaksanakan tiga edisi BKSS yang berjumlah RM2.55 Bilion.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Comments

  1. Rumah majeng enchiap baru Pantu
    Sri aman Sarawak
    Malaysia

  2. Kenapa saya dan suami tidak dpat ini bantuan sedangkan gaji bulanan suami x cecah rm1500…harap pihak atasan selidik balik dan dpat berlaku adil kepada saya dan suami yang kurang pendapatan…terima kasih…

  3. Bagi bkks juak pada m40 yg tersasar.mereka pun susah juak

    1. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, anda boleh layari laman web BKSS iaitu https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak. Maaf kami tiada sebarang jawapan untuk soalan anda.

  4. BKSS bulan 7,8,9 seperti B40 ada tanggungan anak 3 orang dan isteri cuma rumah belum masuk lagi adakah kami hanya layak terima bkss bulan 4,5,6 saja.

  5. BKSS bulan 7,8,9 seperti saya B40 ada tanggungan anak 3 orang dan isteri cuma suri rumah belum masuk lagi adakah kami hanya layak terima bkss bulan 4,5,6 saja.

    1. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, anda boleh layari laman web BKSS iaitu https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak. Maaf kami tiada sebarang jawapan untuk soalan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *