Kerajaan Bantu Rakyat Tingkat Ekonomi Dengan Pertanian Moden

Spread the love

SIMUNJAN : Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1 Juta bagi setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) komited membantu para petani, penternak dan nelayan menghasilkan produk dan mengusahakannya dengan teknik yang lebih moden.

Memetik sumber dari Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) ADUN Simunjan, Awla Dris, menggalakkan masyarakat khususnya golongan belia melibatkan diri dalam industri pertanian moden kerana ianya merupakan salah satu perniagaan yang boleh memberikan faedah dan keuntungan yang lebih lumayan.

“Anak muda zaman sekarang tidak mahu melibatkan diri dalam bidang pertanian kerana menganggap ia adalah pekerjaan yang tidak bagus sedangkan ia merupakan salah satu daripada perniagaan.” Katanya dalam Majlis Perasmian Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) Zon 2 (Simunjan Proper), DUN Simunjan, pada Selasa.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan mengenai bantuan yang diberikan kepada golongan nelayan di kawasan DUN Simunjan.

“Dalam sektor perikanan pula, seramai 44 orang Nelayan Sungai Daerah Simunjan telah pun dibantu dengan bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat sebanyak RM200 sebulan,”

“Seramai 80 orang daripada kalangan nelayan telah pun dipilih bagi menerima Bantuan Input Peralatan Nelayan (BIPN) yang dijangka akan diagihkan selewat-lewatnya hujung tahun ini,”katanya.

Dalam majlis sama, beliau turut menyerahkan cek Bantuan Input Peralatan Perikanan Nelayan (BIPPN) bernilai RM120 ribu dalam Bentuk Input Perikanan kepada para peserta Nelayan Sungai Daerah Simunjan.

Program Agricop tersebut melibatkan 120 orang peserta dari Kampung Sungai Alit, Kampung Sabun, Kampung Sedilo, Kampung Sageng, Kampung Nanas, Kampung Kelka, Kampung Tabuan, Kampung Hijrah, Kampung Sekendu dan Pasar Simunjan.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *