COVID-19: Tiada Kes Positif Dilaporkan Pada Rabu

Spread the love

KUCHING: Sarawak hari ini tidak mencatatkan kes baharu positif COVID-19 dan kes keseluruhan kekal sebanyak 769 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini juga tiada kluster baharu yang dikesan atau dilaporkan walaubagaimanapun, terdapat dua kluster yang masih aktif iaitu Kluster Bah Arnab di Daerah Kuching dan Kluster Putra di Daerah Bintulu.

“Dimaklumkan bahawa terdapat empat kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini.

“Kesemua kes baru yang telah pulih dan discaj ini adalah dari Hopital Umum Sarawak dengan menjadikan jumlah kes yang telah pulih dan discaj adalah seramai 709 orang atau 92.20% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, tiada kes yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.

“Hari ini 12 PUI baru telah dilaporkan dan lima (5) PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal,” tambahnya.

Daerah Kuching, Bintulu dan Lubok Antu kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan seramai 21 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas iaitu 15 kes di Daerah Kuching, lima orang di Daerah Bintulu dan seorang kes di Daerah Lubok Antu.

Pada Rabu, jumlah daerah yang masih berstatus Kuning adalah kekal dengan tiga buah daerah dan 37 buah daerah yang lain di Sarawak kekal berada dalam status Hijau.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *