SARAWAK LAKAR SEJARAH BINA STESEN PENGISIAN BERSEPADU

Spread the love

KUCHING: Sarawak melakar sejarah tersendiri apabila bakal mempunyai stesen  pengisian bersepadu yang meliputi bahan bakar konvensional, hidrogen dan pengecasan elektrik yang pertama di negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyempurnakan majlis pecah tanah stesen itu, yang bertempat di Darul Hana di sini hari ini.

Dalam ucapannya, beliau berkata pencapaian ini menunjukkan Sarawak maju setapak lagi, di mana negeri itu kini mempunyai stesen minyak tiga dalam satu dan yang pertama seumpamanya, di Malaysia.

“Stesen pengisian bersepadu ini akan membekalkan tiga komponen utama iaitu minyak petrol dan diesel, hidrogen yang berasaskan air dan terakhir, bateri (pengecasan elektrik),” katanya.

Abang Johari juga memberitahu bahawa beliau telah meminta kerajaan Persekutuan, agar tidak melaksanakan dahulu cukai terhadap kereta yang menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar, bagi menggalakkan pengguna mencuba teknologi baru itu.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *