Joseph Kalang Mahu Lakar Kejutan Bersama Kuching FA

Spread the love

KUCHING: Penyerang Kuching FA, Joseph Kalang Tie anggap kejayaan layak ke TM Piala Malaysia musim ini sesuatu yang cukup membanggakan meskipun sebelum ini sudah merasa saat itu ketika bersama pasukan yang lebih berpengalaman.

Bekas pemain kebangsaan ini pernah menempa nama ketika bersama pasukan elit seperti Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum membuat keputusan untuk beraksi bersama Kuching FA musim lalu dalam saingan Liga M3 sehingga layak ke Liga Perdana musim ini.

Justeru, pemain kelahiran Miri Sarawak itu melihat pencapaian yang telah diraih bersama Kuching FA sehingga kini cukup memberi kelainan kepada dirinya kerana bukan mudah untuk merebut slot ke TM Piala Malaysia selaku pendatang baharu dalam Liga Perdana 2020.

“Memang ikutkan pasukan kami cukup bertuah dan satu rezeki apabila layak ke TM Piala Malaysia kerana sasaran awal adalah untuk kekal dalam saingan Liga Perdana sahaja.

“Saya tidak nafikan pengalaman bersama pasukan lebih hebat seperti Pahang dan Selangor sehingga kami layak dalam Piala Malaysia memang bermakna, dan kali ini, apabila saya layak bersama pasukan baharu seperti Kuching FA, itu yang buat saya rasa lebih bangga,” katanya seperti dilapor MFL.

Tambah Joseph, meskipun Kuching FA dilihat sebagai bukan pasukan pilihan, namun Joseph tetap optimis untuk memberikan saingan pada kejohanan itu nanti.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *