Sesi Guan Eng, Mat Sabu Menghadap Agong Ditangguh

Spread the love

PETALING JAYA: Istana Negara menangguh sesi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Lim sepatutnya menghadapi Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini dan Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu pula pada 21 Okt ini.

“Namun, semalam setiausaha sulit kanan baginda memaklumkan kepada kami, kedua-dua sesi menghadap Tuanku ditangguhkan,” katanya dalam kenyataan bersama hari ini.

Semalam, Presiden PKR, Anwar Ibrahim menghadap Sultan Abdullah selama sejam bagi mempersembahkan sokongan ahli Parlimen kepadanya untuk menubuhkan kerajaan baru.

Anwar pada sidang media selepas itu berkata, Agong akan menemui beberapa pemimpin parti politik dalam beberapa hari ini selepas beliau menyerahkan dokumen membuktikan sokongan ahli Parlimen kepadanya.

Katanya, beliau mendapat sokongan lebih 120 ahli Parlimen dan dokumen sahih yang diserahkannya kepada Agong terdiri daripada akuan bersumpah dan pengesahan ketua parti.

Beberapa jam selepas Anwar menghadap Agong, Istana Negara memaklumkan ketua pembangkang itu hanya mengemukakan jumlah, bukannya senarai nama ahli Parlimen untuk mengukuhkan dakwaannya mempunyai sokongan mencukupi.

Selain Anwar, veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah turut dipanggil menghadap Agong petang semalam.

Semalam, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap Agong, pada 5 petang esok.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *