‘Jum Regista Bisnes’ Bantu Usahawan Luar Bandar

Spread the love

KABONG: Program ‘Jum Regista Bisnes’ merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu dan menggalakkan usahawan luar bandar mendaftarkan perniagaan.

Memetik laporan UKAS, Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Naroden Majais memberitahu Kerajaan Sarawak melalui kementeriannya telah meluluskan dua projek di kawasan DUN Kabong iaitu sebanyak RM200,000 bagi Projek Transformasi Usahawan Desa dan RM5 Juta bagi Projek Anjung Usahawan yang akan dilaksanakan pada Januari 2021.

Beliau berkata demikian dalam Program Jum Regista Bisnes Sarawakku Sayang Daerah Kabong, pada Selasa.

Justeru, beliau menyeru penduduk untuk terus menyokong dasar-dasar yang diketengahkan oleh pucuk pimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *