TVS Dilancarkan

Spread the love

KUCHING: Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud hari ini melancarkan stesen televisyen milik kerajaan negeri Sarawak, TVS, di sini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika berucap di majlis pelancaran tersebut berkata, pelancaran itu merupakan satu lagi sejarah kejayaan untuk Sarawak dan satu mimpi jadi kenyataan untuk semua rakyat Sarawak.

Beliau berkata, TVS merupakan stesen televisyen pertama milik kerajaan negeri di negara ini dan akan menjadi platform kepada pencipta, penerbit dan artis Sarawak untuk menunjukkan hasil kerja mereka, dan dalam masa yang sama menjadi medium komunikasi yang efektif menerusi buletin berita, program ehwal semasa dan pelbagai jenis bicarawara.

“Saya berharap, ini (pelancaran TVS) akan membuka lebih banyak pintu kepada Sarawak untuk ditampilkan ke seluruh dunia,” katanya dan menambah TVS akan disiarakan secara percubaan di Saluran 122 Astro untuk tempoh tertentu, bagi memastikan kestabilan teknikal dan gerak kerja yang mencapai standard industri.

Beliau berkata, TVS akan menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat Sarawak untuk cemerlang dalam pelbagai bidang menerusi kandungan dan dalam masa sama mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk menyumbangkan lebih banyak hasil dalam ekosistem ekonomi digital.

Abang Johari berkata, TVS bukan sahaja menjadi platform untuk komuniti mendapatkan berita rasmi, tetapi juga menggalakkan penyatuan nasional oleh pelbagai bangsa dan budaya yang perlu dikekalkan ketika negeri Sarawak terus maju kehadapan.

BERNAMA-


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *