Hanya Klik Butang Alat Kawalan Jauh, Kini TVS Menjadi Milik Anda Untuk Dinikmati

Spread the love

Kuching, 11 Oktober 2020 – Andai dipisah lagu dan irama. Lemah tiada berjiwa… hampa” – Begitulah jua TVS tanpa sokongan rakyat Sarawak khususnya, maka bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, TVSarawak telah melalui penjenamaan baharu kepada TVS dengan konsep yang baru, segar dan menginspirasikan yang mensasarkan untuk menyentuh hati penonton bermula 10 Oktober 2020.

Dengan bertemakan “menonton televisyen di rumah”, simbolik majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan menekan punat pada alat kawalan jauh yang memperkenalkan TVS dengan identiti yang baharu dalam menginspirasikan dunia dan seterusnya memasuki detik yang bersejarah untuk Sarawak.

Majlis ini kemudiannya diteruskan dengan memperkenalkan 43 wajah-wajah baru TVS yang terdiri daripada pembaca berita dan pengacara rancangan selaku “Face of TVS” yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching malam semalam.

Dalam ucapan Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, “Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi Sarawak di mana kita berkumpul untuk pelancaran TVS. TVS merupakan stesen TV pertama di Malaysia yang dimiliki oleh kerajaan negeri, stesen kepunyaan dan kebanggaan rakyat Sarawak.

Ia merupakan sebuah landasan bagi penggiat seni untuk menyiarkan hasil karya mereka. Ini merupakan medium yang paling efektif untuk berkomunikasi melalui berita, rancangan ehwal semasa, rancangan bual bicara serta pelbagai rancangan lain.

Beliau kemudiannya menambah “Dengan adanya TVS, saya berharap ini akan membuka lebih banyak peluang bagi Sarawak untuk menembusi pasaran dunia. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan SMG yang bekerja lumus untuk menjadikan TVS sebuah realiti “.

Menurut Pengerusi Sarawak Media Group (SMG), Dato Norhayati bt Mohd Ismail berkata, “TVS akan memulakan percubaan teknikal di ASTRO saluran 122, dan kami menggalakkan penggiat seni kreatif tempatan untuk bersama-sama mengetengahkan kepelbagai dan keunikan yang terdapat di Sarawak melalui pelbagai rancangan yang menarik”.

Tambahan beliau, “Kami juga merancang untuk menyiarkan rancangan yang berkaitan dengan memperkasakan wanita yang akan mengetengahkan wanita yang berpengaruh di Sarawak. Ahli perniagaan mahupun intelektual, rancangan-rancangan ini akan memaparkan kejayaan serta pencapaian mereka dalam membangunkan tanah air kita ke mata dunia”.

Majlis pelancaran itu diserikan dengan persembahan anak jati Sarawak, Yusrizan Usop yang dikenali sebagai Bob Yusof dari Akademi Fantasia musim 2 mempersembahkan lagu P. Ramlee diikuti oleh Dewi Liana Seriestha, mantan Miss World Malaysia 2014; Melissa Francis, penyanyi dan penulis lirik Iban yang terkemuka dan Nur Nazawani, seorang pendatang baru kelahiran Sarawak. Boleh diakses di seluruh Malaysia, TVS kini boleh ditonton melalui hanya dengan klik di alat kawalan jauh anda di saluran 122 Astro dan Astro Njoi, serta terdapat secara mudah alih melalui aplikasi Astro Go.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Comments

  1. Kalau my tv dapat juga ke nak tengok tvs nie

    1. Hai Adeline! Sekarang anda boleh tonton TVS menerusi saluran 122 di myFreeview.

    1. Hai Mohd Anahairis! Sekarang anda boleh tonton TVS menerusi saluran 122 di myFreeview.

  2. SARAWAk can do it , let this TVS Will show SARAWAK CULTURE AND HERITAGE TO The world,Hope this TVS Will operate fair to all people in Sarawak,no matter from which races u are…Together we make SARAWAK the best in the world.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *