COVID-19: Jumlah Kes Baharu 563, Dua Kematian Dilapor Hari Ini

Spread the love

KUALA LUMPUR: Bilangan kes baharu COVID-19 di Malaysia kekal tiga digit dengan 563 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 16,220 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan turut meningkat kepada 5,039 kes, dengan dua kematian dilaporkan.

Katanya daripada 563 kes positif, satu adalah kes import yang mendapat jangkitan dari Indonesia, melibatkan warga tempatan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata Sabah masih kekal merekodkan kes positif harian tertinggi melibatkan 291 kes, namun kes positif meningkat di Pulau Pinang iaitu sebanyak 141 kes membabitkan Kluster Penjara Reman.

“Di Selangor terdapat 69 kes, diikuti Kuala Lumpur (27), Negeri Sembilan (12), Kedah (10), Perak (empat), masing-masing dua kes di Johor, Putrajaya dan Labuan serta masing-masing satu kes di Sarawak dan Melaka,” katanya pada sidang media secara maya yang disiarkan di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

— BERNAMA

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *