TYT Tun Pehin Sri Abdul Taib Periksa Kawalan Kehormat Sempena Hari Lahir Beliau Yang Ke-84

Spread the love

KUCHING: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pagi tadi memeriksa Kawalan Kehormat Utama (KKU) sempena Sambutan Hari Lahor beliau ke-84 di Dataran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

KKU tersebut terdiri daripada seramai 103 anggota lain-lain pangkat dan tiga pegawai dari Battalion ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Mohd Safiq Jamaluddin.

Memetik laporan dari Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), KKU itu turut diiringi oleh pancaragam gabungaan 1 Divison Infantri Malaysia dengan kekuatan seramai 50 anggota yag diketuai oleh PWII Mohamad Sufian Abdullah.

Antara acara kemuncak majlis ialah upacara simbolik sambutan perayaan hari lahir Tun Pehin Sri Abdul Taib serta persembahan-persembahan dan juga tarian kebudayaan negeri Sarawak.

Ia disusuli dengan tembakan das meriam dan terbang lalu empat buah helikopter menandakan ketibaan beliau.

Selepas itu, Tun Pehin Sri Abdul Taib naik ke atas pentas khas dan menerima Tabik Hormat DiRaja dan seterusnya lagu Ibu Pertiwiku dimainkan diikuti dengan Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *