COVID-19: Sekolah Diarah Tutup Jika Terdapat Positif

Spread the love

KUALA LUMPUR: Mana-mana sekolah yang mempunyai kes positif COVID-19 perlu ditutup selama tujuh hari, tanpa menunggu analisis risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia, ini membolehkan kerja-kerja pembersihan, disinfeksi dan pengesanan kontak rapat dapat dijalankan oleh KKM.

“Memandangkan terdapat trend peningkatan kes, Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengambil keputusan bahawa mana-mana sekolah diseluruh negara yang mempunyai kes positif COVID-19 perlu ditutup oleh KPM untuk tempoh tujuh hari tanpa menunggu analisa risiko oleh KKM.

“Ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan, disinfeksi dan pengesanan kontak rapat dijalankan oleh KKM.

“Dalam hal ini, sekolah-sekolah yang mempunyai kes positif COVID-19 perlulah mematuhi garis panduan penutupan sekolah yang akan dikeluarkan oleh KPM,” kata kenyataan itu, pada Jumaat.

Dalam pada itu, murid-murid sekolah berasrama penuh yang berada di zon merah hendaklah kekal berada di asrama.

“Murid-murid di asrama sekolah yang terletak di zon hijau tetapi keluarga mereka di zon merah juga perlu berada di asrama.

“Pihak sekolah akan menguruskan keselamatan dan kebajikan murid-murid berkanaan di asrama,” tegas kenyataan itu.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *