JKKK Perlu Catat Nama Pengunjung Ke Rumah Panjang

Spread the love

BETONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu mengesa untuk mencatatkan nama pengunjung ke rumah panjang semasa mengadakan keramaian atau semasa upacara seperti kematian.

Jelasnya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu mengambil tindakan tegas dalam mengekang penularan COVID-19.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Bengkel Kepolisan Komuniti Khas bagi JKKK Peringkat Daerah Betong, pada Jumaat.

Seperti yang dipetik dari Unit Komunikasi Awam Sarawak tambahnya, beliau khuatir jika berlaku jangkitan wabak itu di rumah panjang adalah sukar untuk dibendung.

Dalam pada itu, Rentap turut menggalakkan penduduk memohon untuk mengukur lot tanah untuk diwartakan di bawah Seksyen 18.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *