Isu Vandalisme, Polis Dan DBKU Akan Bekerjasama

Spread the love

KUCHING:  Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama mengekang masalah vandalisme yang berleluasa di sini.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pihaknya amat memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan kawasan pentadbirannya sekaligus menyebabkan pihaknya menanggung kerugian terutama membabitkan penggantian kemudahan awam yang rosak.

Justeru, masyarakat diminta untuk turut bersama-sama menangani masalah vandalisme terhadap harta benda awam di kawasan sekeliling.

“Kita amat gusar dengan isu vandalisme kerana ia menyebabkan kerugian dan boleh menggugat keselamatan masyarakat.

“Kerjasama masyarakat amat perlu untuk bersama-sma mengekang vandalisme terhadap harta benda awam,” tegasnya selepas lawatan media kerja-kerja membaik pulih Lampu di kawasan Masja, Rabu.

Sehubungan itu, sebanyak 83 tiang lampu di sekitar kawasan Masja telah dibaikpulih dengan kos RM79,000.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *